Followers

Auto Backlink

.:: Laydee_N Baby Boo ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 23, 2010

Perlukah Campur Tangan IBU BAPA??

1st of all.... saya kena minta maaf dulu, la saya percaya topik ni mungkin akan menyinggung sesetengah pihak terutamanya para2 IBU dan BAPA. Sebenarnya topik ni tercetus selepas saya terbaca entry member sorang ni ---> Azizan Kadir Dot Com.
Tapi die selaku PEMBANGKANG topik tersebut laa.. hehehe.. and saya pulak selaku Penyokong yang berTegar untuk topik tu. Lepas baca entry tu, saya terus tergerak hati nak buka topik ni...

PERLUKAH CAMPUR TANGAN IBU BAPA SELEPAS ANAK2 BERNIKAH?? 
Seperti yang kita sedia maklum, sifat sesetengah ibubapa yang terlalu "protective" terhadap anak2 mereka kekadang boleh menyebabkan isu CAMPUR TANGAN mereka menjalar sehingga tahap anak2 takde PRIVACY langsung dalam mnjalani kehidupan harian sebagai suami isteri. Lagi dahsyat.. isu ni boleh menyebabkan PENCERAIAN. Tak percaya? Memang pernah berlaku dikalangan masyarakat kita. Kalau tak, tak wujud la cerita P.Ramlee --> Ibu Mertua Ku. hehehe..

Sememangnya wajar bagi ibubapa memberi bimbingan, nasihat dan sebagainya kepada anak2. Sebagai anak pula, kita wajib taat kepada mereka selagi tak bercanggah dengan hukum Islam. Memang tak heran gak la, ada anak2 yang degil.. *macam saya ni. Nasib baik tak kene sumpah jadi tong gas! Degil ni macam2 la.. Dalam topik ni, saya nak cerita pasal keDEGILan dalam soal nak cari PASANGAN HIDUP.

Berapa ramai antara kita sekarang yang sanggup kawen dengan pilihan ibubapa? Berapa ramai plak yang kawen dengan pilihan sendiri direstu oleh ibubapa? Berapa ramai yang kekal rumahtangganya walaupun TIADA RESTU ibubapa? Disini keluar laa isu PENTING SANGAT KER RESTU NI?? Bagi saya, memang PENTING! kenapa? Tiada restu, kebahagiaan susah dikecapi.---> nak huraikan ayat ni, saya rasa.... tak cukup 2 3 pages. Abaikan jer la..

Ni kita masuk isi penting topik ni... tadi tu intro ntah apa2. hehehe
Bagi ibubapa yang anak2 nya yang degil gak nak kawen dengan pilihan sendiri (menantu tak berapa nak berkenan la kiranya)... Takat mana had penglibatan ibubapa dalam hubungan anak2 ini? Ada sesetengah ibubapa yang terus lepas tangan kerena KECEWA dengan pilihan anaknya. Tak kurang gak yang nak membalas dendam sebab merampas anaknya, lagi2 kalau ANAK LELAKI! Mesti ada yang beranggapan yang bukan2 terhadap menantunya.. Timbul syakwasangka yang tak BERASAS. Tanpa disedari, syakwasangka tersebut telah MEMBUKA JALAN KEPADA SYAITAN. Apa tugas SYAITAN? Memecah belahkan Kaum Adam! Tu la Islam Melarang keras kita berprasangka terhadap orang. 
Sepatutnya ibubapa redhakan apa saja keputusan anak2 selagi mereka masih dil andasan yang benar. Sesungguhnya perjalanan hidup kita semua telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.... Termasuk la siapa JODOH kita. Bimbing la mereka ke arah yang benar, Tegur la mereka sekiranya ada di antara mereka berbuat salah.. Tapi jangan sesekali membuat keputusan untuk anak2.. kerana hal ni akan menimbulkan perbalahan antara dua keluarga. Dah berbalah... apa jadi? Macam2 boleh jadi. Tak perlu la nak diterangkan satu persatu.
Bagi anak2 plak.. Macam mana nak deal dengan ibubapa yang "pro-active" ni? hehhe.. Kuatkan semangat, telan jer apa2 tomahan dan sebagainya jadikan sebagai pemangkin untuk buktikan kepada ibubapa mereka mampu berdikari dan berbahagia. Kepada menantu bukan pilihan plak, bawa2 la bersabar. Hari takkan selamanya mendung.
Tapi, jangan kita lupa bagi anak lelaki... mesti ada yang merasa bersalah terhadap ibubapanya. SYURGA ditelapak kaki IBU. Macam mana ni?? Hhhmmm... susah kan? Bagi SI ISTERI plak, SYURGA DI KAKI SUAMI.Haiiisshhh... Macam2 hal la yang timbul...

So kesimpulannya, sebelum anak2 kawen. Kalau rasa memang tak leh nak terima menantu tu.. Baik tak yah bagi kawen. Buat susah kemudian hari jer.. ahahaha.. ok tu gurau jer. Jarang nak jumpa ibubapa yang bersifat sekejam itu. Cos I'm A mother too... Tapi version yang cepat lembut hati laa.. hehehe.. Kalau baby Min besar nanti.. Saya akan pastikan dia dah CUKUP SIFAT untuk dijadikan isteri.. baru la bagi dia kawen. hehehehe.. Insya'allah kalau dipanjangkan umur.

Laydee_N : Bukan niat saya nak cari salah siapa.. Cuma saya nak tahu Hak Anak2 dalam menentukan kehidupan mereka. Saya terima apa jua pandangan anda mengenai topik ini.

2 Secreto D Amore:

Rahim Hashim said...

ibu bapa mmg tak boleh campur hal rumahtangga anak..same ibarat giant nak masuk campur urusan carrefour,mane boleh..

kalau bagi nasihat boleh la..kalau tak huru hara rumahtangga.

~ ( LayDee_N ) ~ said...

tu ahh.. tapi tpulang pd anak gak la.. mcm mn nak handle masalah family tu. part ni la org kata dtelan mati mak diluah mati sapa ek?? ahahha..

.:: Laydee_N Album ::.

.:: Laydee_N GuestBook ::.