Followers

Auto Backlink

.:: Laydee_N Baby Boo ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 30, 2010

GULA penyebab ANAK HiPeRaKTiF


Hiperaktif---> rasanya semua tau apa maksud ni so tak perlu saya nak menghuraikannya. Nanti ada jer yang biol, yang faham boleh jadi tak faham. hahahha.. Al-maklum la, subjek BM tak pernah kredit. Takat LULUS jer.. *bagi malu jer kan? hehehheh.. 

Part ni, mesti ada yang tertanya2 "Apa kaitan GULA ngan Hiperaktif ni?" Selalunya GULA dikait rapat dengan penyakit KENCING MANIS / DIABETIS. Kepada yang belum tau lagi.. ni kira info berguna gak la. *Rasa nak tergelak plak.. cos saya sendiri "hantu GULA". 

Hiperaktif ni selalunya kita aplikasikan kat budak2... kalau yang dah tua bangka yang masih terlompat sana sini duduk tak senang macam saya ni, tu kita boleh katakan gila atau Schizophrenia.. *Bahasa saintifik untuk cover line ckit tak bunyi macam kasar sangat..

Bagaimana GULA boleh jadi punca Hiperaktif?

GULA = KARBOHIDRAT yang telah diproses --> TENAGA untuk bergerak, sedar, bekerja dan OTAK juga memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan BAIK

Jumlah glukosa yang seelok-eloknya ada dalam saluran darah kita pada bila2 waktu ialah 110g/100ml darah atau di antara 3.9 hingga 7.7mmol/setiap liter. 
Sekiranya paras ni turun / kurang daripada 3.9 akan menyebabkan seseorang itu mungkin mula rasa pening kerana kekurangan tenaga. Sekiranya lebih rendah lagi, ini akan menyebabkan seseorang itu pengsan atau KOMA.
Jika terlalu tinggi melebihi 8 atau 9, pituitari akan menolak gula berlebihan kepada limpa atau pankreas yang akan mengeluarkan insulin yang membawa glukosa kepada otot.
Jika jumlah tersebut TINGGI, anak atau orang dewasa itu akan menunjukkan SIFAT-SIFAT yang HIPERAKTIF iaitu melompat-lompat, tidak berhenti bergerak, suka marah-marah atau menjerit, merosakkan barang-barang, suka mengacau kawan-kawan jika di dalam bilik darjah dan lain-lain. Orang dewasa pun boleh menunjukkan tanda-tanda ini. 

TAPI JIKA BERLAKU PADA ANAK KECIL INI AKAN MEMBANTUT PEMBANGUNANNYA BILA DEWASA!!

Oleh sebab glukosa digunakan untuk menggerakkan otot, glukosa untuk menggerakkan otak berfungsi tidak ada. Jadi anak atau orang dewasa itu susah belajar dan bila belajar ia SUKAR untuk mengINGAT.

Jika oragan pituitari terlalu aktif bekerja, ini boleh menyebabkan kerosakan pada organ. Akibatnya, glukosa tidak boleh diproses dan menyebabkan penyakit DIABETIS atau Kencing Manis!! Seterusnya saluran darah tersumbat, darah tinggi, jantung tersumbat, strok, pendarahan dalam otak.....

SEKIAN TERIMA KASIH!

Laydee_N : Sambil menaip.. rasa nak tergoleng ketawa. Rasa macam ambik pistol tembak kepala sendiri plak. 
Pengalaman saya ambik gula memang dahsyat!! Masa pregnant Min dulu.. tak tau naper giler mengidam gula2. Mana2 jer ada bekas gula2.. tu la JEJAK saya. 
Dalam kereta--> dlm dashboard gula2, bwh hand break gula2, tepi pintu gula2...
Kat umah ---> tak yah cakap la. Sampai bawah bantal tido pun ada gula2. 
Hand bag saya??? hahahhaha... pendek cerita, dalam beg duit pun ada gula2..
HHmmmm.. isshhhh.. minta jauh la penyakit2 ni!

11 Secreto D Amore:

cha said...

bahaya juga.kene control dr skrg hehe

Chilabaey's Spot 2 said...

Saya setuju dengan fakta yang diberikan.... Budak boleh hyperaktive... nasib baik tak hypermarket... sakit juga... hehehe... :)

Bieaz said...

best info...
setuju sangat2!!

+qasih nadira+ said...

bgus la info nie.qasih kne bsedia dari skrg.kim salam pelok muah kat bby ye.:)

pak long said...

salam...
info bermanfaat...tahniah buat penulis blog

qamarguyz said...

salam ziarah..
nice inf0 sis..
patut la makin ramai bapak budak yG makin hyperactive jgk skrG..da banyak sangat amik gula ;0

~ ( LayDee_N ) ~ said...

sasha : hehehe.. mmg kene control tp... tak leh la.. mmg dah nama "HANTU GULA". Bancuh air pun, malas ar nak cakap.. hahha

ChiLaBaey's : Kalau hypermarket lg parah.. hr2 shopping.

Bie : thx bie... muahahaha... info nak sedarkan diri sdiri la konon2 nyer. :p

~ ( LayDee_N ) ~ said...

Qasih : kene bsedia? sedia apa die qasih? yer.. yer.. pas ni g tangkap c min tu. saya peluk2 die utk qasih..

Pak Long : thx pak long. ni la hasil karya org yg terLEBIH GULA. ahahhaha..

Azrai :ahahhahaha.. bapak budak? naper tekankan BAPAK budak lak? hahhahahah

Unknown said...

gula ni bahaya oooo......huhu

~ ( LayDee_N ) ~ said...

but i love sugar... err.. not sugar. CANDY!!

Chaoi said...

kurang kan gula tingkatkan garam..haha..

.:: Laydee_N Album ::.

.:: Laydee_N GuestBook ::.