Followers

Auto Backlink

.:: Laydee_N Baby Boo ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, February 5, 2010

Jasa Mu Dikenang..

Selalukan dengar ayat ni? ~JASA MU DIKENANG~ Berapa ramai yang betul2 akan mengenang jasa tu? Berapa lama? Susah nak jawabkan? Dah sifat semulajadi manusia--> PELUPA, LALAI.. 
Kekadang, hanya kerana satu kesalahan kecil pun dah boleh jadi penyebab kita berselisih faham pastu bermusuh. Segala apa yang telah kita perjuangkan, korbankan untuk mempertahankan hubungan kita.. Semua tu dah takde makne nye lagi *Bak kata saiful apek!* Time tu, tak yah ungkit lagi laa pasal pengorbanan or kesabaran yang dah lepas. Dah takde yang ingat dan nampak ape yang baik kita dah buat. 

Masa tu, yang kuar dari bibir "aku dah lama bersabar" / "aku dah cukup bersabar" / "aku dah tak leh tahan" / "aku dah banyak sangat bersabar".... then last "skang aku takleh nak sabar2 dah" / "sabar aku dah terlebih batas"... huh~ apa2 yang berkaitan dgn perkataan sabar semua kuar. Betol ker sabar ni berbatas? Hmm... Rata-rata cakap "SABAR ADA BATASAN". Susah laa... Mana2 batas kesabaran yg sekangkang kera jer tu, tak yah la dirapat2. 

Kekadang rasa pelik lak kenapa sabar harus dibataskan? Huurrrmmm... Baik tak yah bersabar, memang dah tau kesabaran tu takkan berpanjangan. Ending nya tetap sama. Buat ape nak buang masa bersabar2? Pastu.. bila dah gaduh, berungkit lak pasal kesabaran masing2. Boleh ker masalah selesai dengan cara ungkit-mengungkit ni? 

Satu lagi penyakit parah kalau dah gaduh, "TAK NAK MENGALAH"! Uiisshhh.. ni boleh riuh sekampung--> ni kalau zaman dulu. Zaman sekarang--> Riuh satu facebook! Boleh lak masuk dalam facebook pun nak heret semua sekali join venture. Dengan kawan yang pelbagai ragam, ada yang cuba nak tolong, ada lak yang cuba menenangkan keadaan and tak ketinggalan juga yang nak mengapi-apikan yang dah memang "RENTUNG"! hhmm... Kene lak pasangan yang bergaduh ni tak pandai nak kawal emosi. Aduuuhhh.. Parah! Kalah budak2 gaduh.. dia orang ni lagi hebat. Ada akal fikiran, umur pun dah boleh dikatakan "mak bapak org"! Naper la nak kecoh2.. malu la! Then, kalau dah sorang buat salah... harus ker yang sorang lagi balas dengan cara yang sama? Tak ker sama jer jadi nya? Dua2 bersalah. Bila ditanya, sorang tunjuk sorang. Hahahaah.. macam tengok budak kecik gaduh kan? Haizz... Baik undur diri, nasihat pun tak diguna pakai. Otak ada pun, kalau tgh panaas.. yang kuar pun api jer. Memang takkan jumpa jalan penyelesaian.

So dipendekkan cerita "JASA MU DIKENANG" ni.. boleh dikatakan sesuatu yang susah nak diwujudkan. Time bercinta memang laa.. pahit g mana pun ku telan juga. Dah putus?! yang manis pun dikatakan racun. 
Apa2 pun, kita sebagai manusia biasa.... semua pernah buat salah. Belajar la mengaku kesalahan dan perbaiki la diri untuk hari esok yang masih ada! Perkara yang dah terjadi tu, biar la lepas. Takde apa yang boleh kita buat untuk mengubahnya. *Mana pernah dengar sejarah boleh diubah2?* Even dalam cerita "Time Machine" pun dah membuktikan--> "one never can changed the pass"! Jangan lak ade yang terpengaruh dgn cerita "Back 2 The Future" tu dongeng bermata2!! Berusaha la untuk masa depan.. kita pun bukan nya jalan undur ke belakang... K sekian, Terima Kasih!

0 Secreto D Amore:

.:: Laydee_N Album ::.

.:: Laydee_N GuestBook ::.